Wednesday, October 13, 2010

Akademi Bingkas Kebayan







Ada yang bertanya kenapa anak-anak perlu pakai kain batik dan kain pelikat semasa latihan di Bingkas Kebayan?. Gambar-gambar ini ada jawapannya.

Kenapa dipakai kain...?
1. Anak2 diajar warisan Melayu.
2. Kegunaan yang pelbagai.....
a. lapik duduk
b. lapik tidor
c. lapik badan apabila latihan berguling dan bergolek dilantai.
d. buat selimut badan apabila sejuk.
3. Latihan lasak... jaga sopan anak2(...dan maruah ).

Bye bye.... Cekna pergi umrah

Anak2 BK menghantar cekna sambil selawat

Solat dgn anak2 Bingkas Kebayan ... Imam ialah Adib

Lagu : SElendang Maya Tun Fatimah

                Selendang Maya Tun Fatimah

Cindai selendangku, selendang maya
Tirai mahkotaku, mahkota cinta

Sebelum disentuh selendang mayaku
Ciumlah haruman bunga pelangiku

Sebelum di singkap selendang di dahiku
Bacalah kembang sanggul di fikiranku

Sebelum dilurut selendang di bahuku
Renungkan tutupan derita bebanku

Sebelum dibuka selendang di dadaku
Tafsirkan bisikan gelombang sukmaku

Sebelum diurai selendang dipinggangku
Tarikan ikatan dagang luarku

Sebelum dilayari selendang mayaku
Hembuskan pustaka lingkari cintaku.

Lirik: Ladin Nuawi
Lagu: Saidin Omar/Adinda Amiro

Selendang Tun Fatimah Sundang Melaka


Lafaz Sultan Mahmud

Di Hulu Melaka ini, tiada tkhta, tiada raja, tiada hamba
Di Hulu Melaka ini, aku ingin putihkan batinku
Di Hulu Melaka ini, aku hanya ingin menjadi hamba Dia

Aku, Sultan Mahmud Syah,
bekas Sultan Kerajaaan Melayu Melaka,
ingin tebus segala dosa

Melaka, Melaka yang masyhur
Portugis merempuh, menjajah hancur.

Sebelum Portugis, Melaka yang aman telah dijajah
Oleh takhta aku, oleh kuasa aku.
Aku lupa takhta, kuasa Allah penentu.
Aku lupa wasiat ikrar
Pusaka Sang Sapurba-Demang Lebar Daun, aku ingkar.

Sebelum Portugis, Melaka yang yang gagah telah dijajah
Oleh aku, oleh penguasa, oleh saudagar
Yang itdak amanah, yang rasuah.
Adilnya hukum kanun, undang-undang Melaka
Mudah berpihak untuk aku, penguasa, saudagar.
Siapa berharta, siapa mengampu bukan seteru aku.

Sebelum Portugis, Melaka yang gemilang telah dijajah
Oleh aku. Aku takut bayang-bayang
Aku takut takhta, kuasa aku hilang.
Itu Kitul, itu Syahbandar Raja Mandaliar
Fitnah-fitnah itu Keling hanya secebis niaga cemas
Mabuk harta Laksamana Khoja Hassan demi segenggam emas
Jika aku tidak mabuk kuasa.

Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Seri Nara Diraja,
Tun Hassan Temenggung, Tun Ali
Negarawan yang bijaksana, rakyat lagi setia
Rela mati demi percaya, “adat Melayu tiada pernah derhaka”.

Sebelum Portugis, Melaka yang hebat telah dijajah
Aku telah telah dijajah, dijajah oleh syahwatku
Wanita yang tercantik, yang terbaik untuk aku
Tun Fatimah yang tercantik, yang terbaik –
laut madu, bertasik susu.

Di sebalik selendang Tun Fatimah, aku menjadi punca
Aku menjadi pembunuh punca fitnah, punca kuasa
Akulah punca pembuka penjajahan itu. Ampunkan aku.

Anak2 Bingkas Kebayan