Sunday, January 1, 2012

CARA SOLAT HAJAT


Solat Sunat Hajat
 adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa” 

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA, KEDUA, KETIGA DAN SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1. Cara Solat Hajat yang Pertama

Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2. Cara Solat Hajat yang Ke-2.

Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas Nabi sebanyak 10 kali:

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali: 

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud. 

3. Cara Solat Hajat yang Ke-3.

Sebelum solat, mengucapkan Astaghfirullahal'adzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4. Cara Solat Hajat yang Ke-4

Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Wasallam.

Tuesday, October 4, 2011

AMALAN IBU BAPA KETIKA ANAK EXAM

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Friday, September 16, 2011

Rendang Tok


Rendang Tok

Img_0311
Resepi nie dah dicampur dan diolah sendiri

Created on : 03-04-2007


 
176Share


Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
  • 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
  • 100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan2 kisar:-
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar/teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar/teh jintan putih
  • 1 sudu besar/teh jintan manis
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 25 biji cili kering
  • 5 batang serai
  • 5 cm halia
  • 20 biji bawang kecil

Cara-cara

  1. Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
  2. Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
  3. Masukkan daing yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
  5. Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
  6. Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
  7. Perlahankan api dan kacau hingga kering.

Tag

Tuesday, September 13, 2011

Sunday, August 28, 2011

Rendang Daging



RENDANG DAGING

Rendang Daging

MyKitchen's Resipe

  • 1kg daging
  • 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit - mayang halus atau koyakkan
  • 2 helai daun limau perut - di mayang halus atau dikoyakkan
  • garam dan gula - secukupnya
  • air asam jawa - secukupnya
  • 1 buku gula melaka
  • rempah tumis (4 sekawan)


Bahan Mesin

  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai - 2 batang di kisar 3 batang dititik
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 cili kering
  • 25 biji cili api
  • 2 helai daun limau perut dan sehelai daun kunyit di kisar bersama bahan diatas

"DO IT YOUR SELF"

Daging dibersihkan dan potong kecil. Basuh dan toskan. kemudian direbus hingga empuk.
tumis rempah tumis. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar ke dalam kuali besar dan tumis hingga garing dan harum. Masukkan daging dgn air rebusan daging dan serai yg dititik kacau hingga sebati.
Masukkan santan. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
Masukkan gula melaka biarkan ia cair pas tu masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Rasakan garam dan bila telah pekat taburkan daun limau perut dan daun kunyit yg dihiris dan boleh hidangkan.

Thursday, June 16, 2011

Asam Pedas Ikan Siakap Masak Peranakan

Asam pedas ikan siakap masak peranakan

Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap - sederhana besar
10 keping kepah - dibiarkan kulitnya
1 cawan cili kisar
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 tin kecil nenas - yg telah dipotong kecil2
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
1/2 cawan air
gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1/2 cm halia
1 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras
belacan sebesar ibu jari
1/2 inci kunyit hidup

cara:
  • lumurkan ikan siakap yg telah dibersihkan terlebih dahulu dengan garam dan tepung jagung. goreng sehingga garing. ketepikan
  • panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi. masukkan cili kisar dan terus menumis sehingga terbit minyak
  • masukkan nenas bersama2 dengan sedikit air nenas (kalau guna nenas dlm tin) dan kacau sehingga sebati. tuangkan 1/2 cawan air dan masukkan jugak kepah. biarkan mendidih
  • setelah itu masukkan bunga kantan dan air asam jawa dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa
  • bolehlah dituangkan kuah ke atas ikan siakap tadi dan hidangkan dengan nasi panas
note: rasa kuah masam2 manis dengan campuran sedikit air nenas. boleh jugak digantikan nenas dengan bendi pada sapa2 yang tidak makan/suka nenas
source: mat gebu (diubah sedikit)

Monday, April 25, 2011

Dari penelitian dan pembacaan.


 Dari penelitian & pembacaan…..(Mohon share)
1. Umat Islam adalah umat akhir zaman begitu juga nabinya iaitu Nabi Muhammad saw merupakan nabi akhir zaman
2. Israiliyyat berpendapat (ditawaqufkan) usia umat Islam atau lebih tepat usia akhir zaman adalah 1500 tahun (berdasarkan Hijriyah bukan Greogorian/Masihi) iaitu dari kurun ke-6 hingga kurun ke-21
3. Maknanya, berkemungkinan kurun ke-21 adalah kurun terakhir umat manusia di dunia
4. Untuk tempoh 15 abad akhir zaman, fasa kehidupan umat manusia dan khususnya untuk umat Islam adalah spt berikut:
a. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa hayat Nabi Muhammad SAW
b. Zaman Khulafa Rasyidin : Iaitu semasa era Saidina Abu Bakr, S.Umar, S.Uthman dan S. Ali
c. Zaman Monarki/Diktator : Iaitu dari zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan moden
d. Zaman Khalifah Rasyidin : Kembali semula kepada “Zaman yang Terpimpin” dibawah Imam al-Mahdi
e. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa kedatangan Nabi Isa AS yg membawa kelangsungan dakwah agama Islam
5. Secara berperingkat:
a. Sebelum kiamat berlaku, akan terjadi fenomena2 alam yang dahsyat seperti tiupan sangkakala, matahari terbit dari barat,muncul Ya’juj & Ma’juj
b. Sebelum terjadinya fenomena2 awal kiamat tersebut, turunnya Nabi Isa AS memakmurkan bumi dengan agama Islam
c. Sebelum turunnya Nabi Isa AS, munculnya Dajjal
d. Sebelum munculnya Dajjal, munculnya Imam Mahdi memimpin umat Islam
e. Sebelum munculnya Imam Mahdi, keluarnya Pembawa Panji-Panji Hitam (Bani Tamim) dari Timur
f. Sebelum munculnya Pemuda Bani Tamim, berlaku suatu peperangan awal yang membawa kepada penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam
6. Sekadar hipotesis:
a. 1511 Hijrah (2087 M) sebagai tamatnya tempoh akhir zaman
b. 40 tahun Qamariyyah sebelum 1511 Hijrah iaitu bermula 1471 Hijrah (2048 M) sebagai era Nabi Isa AS
c. 30 tahun Qamariyyah sebelum 1471 Hijrah iaitu bermula 1441 Hijrah (2020 M) sebagai era Imam Mahdi
d. 10 tahun Qamariyyah sebelum 1441 Hijrah iaitu bermula 1431 Hijrah (2010 M) adalah era Israel
e. 100 tahun Qamariyyah sebelum 1431 Hijrah iaitu bermula 1331 Hijrah adalah era Amerika Syarikat
f. 1000 tahun Qamariyyah sebelum 1331 Hijrah iaitu bermula 331 Hijrah adalah era Salibiyah (Byzantin/Rom Timur, Rom Barat kemudian United Kingdom di zaman pra-moden)
7. Mengikut teori Kingdom of God/Iluminati (1000:100:10), Kingdom of God untuk 1000 tahun sebelum kurun ke-20 adalah pada kerajaan Byzantin yang kemudiannya diwarisi oleh United Kingdom (Britain). Kemudian, Kingdom of God diwarisi oleh Amerika Syarikat untuk tempoh 100 tahun berikutnya iaitu pada kurun ke-20. Kemuncak Kingdom of God (Golden Age) adalah pada tempoh 10 tahun berikutnya yang diwarisi oleh Israel.
8. Tahun 2010 dijangka bermulanya bibit-bibit kekuasaaan Israel semakin jelas ditayangkan kepada dunia bagi menggantikan AS. Tahun 2020 adalah kemuncaknya.
9. Visi “Israel 2020” melambangkan “Golden Age” untuk Kingdom of God bagi Israel dan tidak mustahil, ketika itu “Pemimpin Yang Ditunggu” iaitu Dajjal berkemungkinan menzahirkan diri berdasarkan perancangannya pada “Israel 2020”
10. Dijangkakan kerajaan AS akan mengalami kejatuhan pada tahun 2010 sebagai kesan krisis ekonomi semasa yang berlaku. Pada tahun yang sama juga, geopolitik dunia dijangka berubah kerana negara-negara tertentu seperti China dan Rusia mahupun blok Euro akan berusaha menguatkan entity masing-masing kesan kejatuhan AS. Apapun, Israel tetap behind the scene.
11. Peperangan mesti berlaku. Sasaran negara mangsa mengikut turutan:
a. 1)Korea Utara, 2)Lubnan(Hezbollah), 3)Syria, 4)Mesir, 5)Iran.
b. Kenapa Korea Utara(KU)? Kerana KU terletak paling Timur dan mempunyai potensi besar menyemarakkan api (huru-hara) dari Timur. Tambahan, KU terletak berhampiran dengan China & Rusia dan dekat juga dengan Nusantara. Menguasai KU, bermakna AS/Israel dapat mengawal China & Rusia dengan lebih dekat lagi sekaligus mengukuhkan penguasaan terhadap Asia Timur termasuk Asia Tenggara. Walaupun telah menempatkan tenteranya di Korea Selatan dan Jepun, penjajahan keatas KU membolehkan AS/Israel berkuasa mutlak dinegara tersebut berbanding keatas KS dan Jepun serta negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Singapura dan Filipina.
c. Penguasaan terhadap KU seperti yang berlaku terhadap Iraq dan Afghanistan, membolehkan AS/Israel mengepung kebangkitan dunia Islam. Israel dan Iraq di Asia Barat, Afghanistan di Asia Tengah & Selatan dan KU di Asia Timur.
d. Perang keatas Lubnan/Syria/Mesir adalah atas Misi Israel Raya iaitu menguasai jajahan dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates
e. Perang keatas Iran, zahirnya mungkin tapi tersiratnya mustahil
f. Dari peperangan yang berlaku, tidak mustahil menjadi penyebab kepada tercetusnya kezaliman yang lebih parah keatas umat Islam secara tidak langsung
12. Dajjal dan umat Islam:
a. Ulama itu pewaris nabi. Siapa mereka? Mereka adalah ulama yang mencapai makam dan darjat TAKUTKAN ALLAH. Mereka adalah para wali Allah. Semua wali adalah ulama tapi bukan semuanya ulama adalah wali Allah. Merekalah yang membimbing umat Islam di akhir zaman selepas kewafatan Nabi SAW.
b. Illuminati dan Dajjal adalah underground Yahudi, sungguhnya gerakan tarekat muktabarah dan para Wali Allah adalah penggerak underground untuk umat Islam
c. Fitnah-fitnah Dajjal menyerang umat Islam dari semua penjuru termasuk menggunakan umat Islam sendiri sebagai agen dan berusaha menghalang kebangkitan Islam yang akan dimulai oleh Pembawa Panji Hitam kemudian Imam al-Mahdi. Sungguhnya para Wali Allah lagi arif mengatasi serangan Dajjal dalam memastikan kalimah taqwa sampai dihati setiap umat Islam
d. Kebijakan dan geniusnya Dajjal berdasarkan akal, sungguhnya kearifan para wali Allah berbekalkan mata hati yang dilimpahi nur Ilahi
e. Secara zahirnya diakhir zaman, kebijakan Dajjal dan pengikutnya dizahirkan dalam pakaian “Canggih, Moden, Hebat, Gah”, sungguhnya kearifan para wali Allah dan insan-insan beriman yang akan memerangi Dajjal kelak zahir dalam bentuk “Zuhud, Sederhana, Faqir”
f. Dajjal bijak menyembunyikan diri sehingga masa yang ditetapkan sampai dan Dajjal berusaha menghapuskan Ahlul Bait yang berpotensi menjadi Imam Mahdi, sungguhnya Imam Mahdi akan lahir dalam nasab ahlul bait yang tersembunyi (The Hidden Golden Chain) dan sehingga menunggu ditaklifkan dalam satu malam oleh Allah, Imam al-Mahdi akan membesar terpelihara kerana berada dalam penjagaan Allah melalui para WaliNya
g. Kebangkitan Islam akhir zaman pasti datang daripada bangsa A’jam dari Timur. Dari bangsa inilah lahirnya Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi.
h. Terdapat pelbagai riwayat bertulis seperti melalui hadis tentang Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi. Terdapat juga riwayat yang datang bersumber daripada pandangan para ulama
i. Penulis berpendapat,
• Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi adalah dua pemuda yang datang daripada nasab Rasulullah SAW melalui Saidina Hassan dan S.Hussin iaitu Ahlul Bait yang tersembunyi keturunan dan susur galurnya. Moyang mereka adalah daripada para syarif/ahlul bait yang datang daripada Haramain berhijrah ke Timur iaitu Nusantara untuk menyebar dakwah Islam
• Kedua-duanya adalah ahlul bait yang masih berdarah Quraisy cuma telah berubah sifat luarannya menjadi A’jam
• Kedua-duanya dilahirkan kemudian membesar tetapi dalam penjagaan Allah melalui para waliNya
• Bahkan, diri mereka sendiri tidak mengetahui dan mengenali diri mereka sehingga ke suatu masa yang ditetapkan
• Maka, mereka tidak sesekali mengisytiharkan diri mereka sendiri tetapi orang ramai lah yang akan membaiah mereka sebagai pemimpin umat Islam
• Kedua-duanya hidup dalam kesusahan dan fitnah dunia tetapi dijanjikan Allah dengan kehidupan akhirat yang bahagia
• Pembawa Panji Hitam adalah pembantu Imam al-Mahdi seperti mana Nabi Harun terhadap Nabi Musa, seperti Abu bakar terhadap Rasulullah SAW dan sepertimana Saidina Hussin dan Saidina Hassan
• Mereka akan membangkitkan Islam untuk tempoh masa yang menyamai masa zaman khulafa Rasyidin iaitu selama 30 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa AS
• Pembawa Panji Hitam akan muncul terlebih dahulu sebelum munculnya Imam al-Mahdi
13. Apa yang telah disampaikan, sekadar pandangan penulis. Akhir kalam, sama-samalah kita kuatkan fizikal dan kerohanian khususnya para pemuda-pemudi Islam. Kuatkan “Islam,Iman,Ihsan” dihati sanubari bagi mendapatkan taqwa kpd Allah. Dapatkan Mursyid yang arif untuk membimbing diri.
14. Ingat! Hanya Muslim yang benar iman & taqwanya sahaja yang dapat membela Islam dan mengharungi fitnah akhir zaman
15. Insan-insan yang beriman di akhir zaman inilah pembela dan menjadi tapak bangkitnya Islam dan zahirnya Imam al-Mahdi
16. Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali. Wallah a’lam