Monday, November 22, 2010

DOA IBU

        DOA IBU
  
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 
q       Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita 
adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi 
takdak masa nak buat yang baik 

 
q       Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah 
 
q       *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan 
jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak 
berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak 

 
q       Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab 
wajah orang tidur akan menampakkan segalanya 

 
q       Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka 
Ø       Melihat kaabah sehingga menitis air mata 
Ø       Membaca quran sehingga menitis air mata 
Ø       Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata 
 
q       3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa 
tidor! 

Ø       Anak 
Ø       Ibu 
Ø       Suami 
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak 
bercerai, tgk laa muka  dia  bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, 
 sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu 
semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J 

 
q       Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari 
kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, 
pandang laa selalu 

 
q       Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk 
menujukkan sesuatu pada ibu 

 
q       Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut 
 
q       Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak 
mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai 

 
q       *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, 
Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di 
tempat yang terbaik 

 
q       Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang 
menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah 
amal” 

Ø        “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu 
kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini” 

Ø       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia 
wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang 
berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita 

Ø       Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J 
 
q       Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa 
sakit/musibah 

 
q       Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then 
cakap dengan Allah 

Ø       “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” 
Ø       “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” 
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan 
orang yang memerlukkan.   

 
q       *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu 
yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya 
hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah 
tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 

 
q       Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi 
doakan ibu kita telah tiada! 

 
q       *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup 
Ø       Masa ni ustaz tu bagi contoh .... pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, 
esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak 
kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan 
gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada 
kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana. 

 
q       Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita 
“berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah 
orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam next time 

 
q       Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta 
sampai mati tak pernah keluarkan 

 
q       Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. 
 
q       Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana 
dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, 
bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa 
sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan 
pahala! 

 
q       *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada 
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan 
tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan 
bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  Itu yang yang 
buat ibu kita bahagia di sana. 

 
q       Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita 
ringan tangan nak bersedekah 

 
q       *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk 
untuk beri syurga pada anak anaknya.  Jagalah mereka dengan baik insyallah, 
syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa 
kita.  Besar sangat pahalanya. 

 
q       Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan 
seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin 
untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita 

Selalu Bergaduh Dengan Ibu 
q       Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan 
kita diganggu saka 

Ø       Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or 
selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang 
belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar 

Ø       Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji 
pinggan / Amalan / Sentuhan 

Ø       Symptom dah terkena saka 
v      Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena 
v      Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar 
v      Susah nak dapat anak, senang gugur 
v      Ada rasa kelibat orang lalu 
v      Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang 
dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka 
menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam 

Ø       Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, 
insyallah saka akan cair dan keluar dari badan 

 
q       Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer 
tulang. 

 
q       3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan 
adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam 
jugak. 

 
q       Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong 
zikirkan 

 
q       Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. 
“Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari 

  
Anak Lari Dari Rumah 
q       Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan 
hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari 

 
q       Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah 
akan sampai panggilan kita kepadanya 

  
Anak Degil 
q       *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK 
Ø       Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh 
anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada 
ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia 

Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni 
alhamdullilah menjadi J 

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. 
 
So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikkan mana yang bolehkan. 
Kak Has, kalau ada yg kurang atau tersilap sila betulkan untuk tatapan pembaca 
email kita ni ye.  Nasha ni type apa yang ingat je ni.