Thursday, November 12, 2009
Sambal Cili Padi Tauchu - Wan Sharina aka Shana
Bahan2:
. 3/4 cawan minyak masak
. 10 biji bawang merah ]
. 4 ulas bawang putih ] dikisar
. Halia sebesar ibu jari]
. 2 batang serai - dititik
. 2" halia ] dihiris nipis
. 3 ulas bawang putih ]
. 1/2 kg udang kering - dibasuh, ditumbuk sedikit
. 1 botol tauchu cap Bilal - ditumbuk sedikit
. 1/2 kg cili padi - dibuang tangkai sahaja
. 2 keping asam gelugor
. 2 cawan air asam jawa
. 3 biji bawang besar dipotong baji
. 4 sudu besar gula
Cara2:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan bahan hiris - tumis hingga kekuningan
3. Masukkan udang kerinbg - masak selama 3 minit.
4. Masukkan tauchu - masak hingga naik minyak.
5. Masukkan cili padi, asam keping dan air asam jawa. Perlahankan api,biar merenih.
6. Bila pecah minyak, masukkan bawang besar dan gula.
7. Kacau dan biarkan atas apui selama 5 minit.
8. Padamkan api dan buang lebihan minyak.
9. Biarkan sejuk betul2 sebelum dibotolkan.
p/s
. enak dimakan dengan nasi panas atau bubur nasi.
. sangat enak dimakan dengan ayam goreng atau ikan goreng..yummy yummy..
. boleh dijadikan bekal apabila melancong kedalam dan luar nergara atau untuk bekal pergi haji dan umrah..... perrrrgh
. Thank you Shana for sharing the recipe.
. Lebuh uuumpph kalau menggunakan cili api kampong.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment