Wednesday, January 5, 2011

Ayat-ayat Penawar



Assalamualaikum, 
This morning had attended Usrah by Dr Fatma Zahra @ surau Al Ikhwan Sg Buloh. 
InsyAllah semoga dapat beramal .dgn ayat dibawah 
According to her kalau sakit kena jumpa juga dokter for medicine & at same 
time amalkan ayat ayat ini 

Ada 6 ayat Penawar dalam Alquran. 

1.Surah At Taubah (Ayat 14) 

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ 
عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ 
------------ --------- ------ 
Perangilah 
mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan 
kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan 
mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. 

2. Surah Yunus (ayat 57) 
ا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ 
مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ 
لِّلْمُؤْمِنِينَ 
------------ --------- --------- --------- --------- 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang 
menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar 
bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga 
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi 
orang-orang yang beriman. 

3. Surah An Nahl (Lebah) - Ayat 69 

ثُمَّ كُلِي 
مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا 
شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ 
فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ 
يَتَفَكَّرُونَ 
------------ --------- --------- --------- ------- 

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan 
buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan 
Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan 
keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, 
yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). 
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan 
kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. 
4. Surah Al-Isra (Ayat 82) 
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء 
وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً 

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci 
yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman 
kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang 
zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. 

5. Surah Asy Syu'araa (Ayat 80) 

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ 

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; 

6.Surah Fushshilat (Ayat 44) 
وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآناً أَعْجَمِيّاً لَّقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ 
أَأَعْجَمِيٌّ 
وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء وَالَّذِينَ 
لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُوْلَئِكَ 
يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ 
------------ --------- --------- 

Cara membaca 

1. Baca Bismillah after each ayat 
2. Tiup dalam gelas air biasa ( if posible air zam zam) 
3. Tiup dalam air selepas baca tiap tiap ayat diatas. 
4. Amal tiap tiap pagi.. Waktu lain pun boleh 

INSYALLAH.. 

NOTE: BACA MULAI AYAT YG UNDERLINE.YG TAK UNDERLINE BACA SELURUH AYAT. 

rgds 
Nik Noriah 

No comments:

Post a Comment