Monday, September 7, 2009

Rojak Ala India


7 sept 2009 - Juadah berbuka puasa.
Rojak........

Kuah Rojak:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering flakes
4 biji ubi keledek saiz sederhana - rebus , blend
300 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulit, tumbuk
3 liter air
1 sudu besar asam jawa - campurkan dengan air
1 sudu kecil cuka
1 ketul gula Melaka
6 sudu besar gula pasir
3 sudu besar tepung gandum - campur dengan air (bahan pemekat kuah)
1 sudu besar garam.
Cara membuatnya;
1.Tumis bawang besar, bawang putih sehingga berbau wangi.
2. Masukkan cili flakes, tumis lagi.
3. Masukkan 5 sudu air - tumis lagi.
4. Masukkan air, kekedek, air asam jawa, cuka, gula Melaka, gula pasir dan garam.
5. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan tepung gandum yang telah dicampur air.
6. Masukkan kacang tumbuk.
p/s Rasa asam jawa dan cuka memberikan rasa masam yang istimewa.
Tepung gandum digunakan untuk memekatkan kuah.
Boleh tambah atau kurangkan bahan2 mengikut citarasa masing2.
Cucur 1..... tepung gandum,2 sudu tepung beras, sedikit baking powder, bawang cincang, udang segar, sedikit serbuk kunyit, sedikit gula, garam dan daun kucai.
Cucur 2...... tepung gandum, baking powder, bawang besar cincang, cili hijau cincang, sedikit kelapa parut, sedikit gula, garam.
Lain2 bahan... telor rebus, sengkuang, timun, taugeh celur, tauhu goreng, kentang- rebus, buang kulit dan goreng.
Kalau suka.... ayam goreng, sambal sotong.

No comments:

Post a Comment