Monday, June 21, 2010

Jom Solat Dhuha


Memohon kemudahan mendapat rezeki. Dilakukan ketika matahari sedang naik. Dibuat 2 rakaat sehingga 12 rakaat. Rakaat sebenar tidak terbatas.

Selepas memberi salam, bacalah doa berikut :
“Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha MU, kecantikan ialah kecantikan MU, keindahan itu keindahan MU, kekuatan itu kekuatan MU, kekuasaan itu kekuasaan MU, dan perlindungan itu perlindungan MU”.

“Ya Allah, jika rezeki ku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan MU, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh”.

Pedoman untuk kita semua, pohonlah rezeki dariNYA (kesihatan, ketenangan, harta, waktu lapang, peluang beribadah, hidayah berterusan, hati yang khusyuk, serta lain2 lagi). Jangan dikeluhkan kepada apa yang bukan milik kita. Segala yang telah tiada di sisi kita…sudah pastinya ia bukan untuk kita. Harapkanlah Allah gantikannya dengan perkara yang lebih baik berbanding yang telah ‘tiada’ itu. Yakinlah pada nikmat rezeki dari Allah….

No comments:

Post a Comment