Monday, June 21, 2010

Wakaf dalam bacaan alQuran

HUKUM WAKAF (TAJWEED AL-QURAN RASM UTHMANI)

Muslimin (& Muslimat) yang dirahmati Allah sekelian. Sewaktu membaca Al-Quran, kita pasti akan bertemu dengan simbol tanda wakaf dalam ayatnya. Ada 6 jenis TANDA WAKAF, yang perlu kita dalami cara penggunaanya agar bacaan kita lebih sempurna, 

Pengertian Wakaf : menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir kalimah/ayat sekejap untuk bernafas dengan niat menyambungkan semula bacaan.

Pengertian Ibtida' : menyambung semula bacaan setelah menghentikan bacaan untuk bernafas. Kita mungkin perlu ‘undur’ ke belakang sedikit untuk menyambung bacaan)


Pengertian Qat'u : menghentikan bacaan dengan niat tidak ingin menyambungkan semula bacaan. Contoh bila tutup bacaan dengan membaca ‘Sodhakhollahhulazim…..’ 


4 sebab kita menghentikan bacaan (mewakafkan). 
(a). Sebab Idhtirori (terpaksa) 
Menghentikan bacaan atas sebab2 darurat yang tidak dapat di elakkan. 
Contoh : terputus nafas, bersin, batuk, menangis, tertidur, sendawa, menguap. Hukumnya adalah harus (amat disyorkan untuk kita berhenti).
(b) Sebab Ikhtibari (menguji)
Dalam situasi ada guru berinteraksi dengan pelajar. Guru minta pelajar berhenti di sesuatu tempat bukan wakaf (dalam bacaan) untuk menguji bacaan pelajar itu. Hukumnya = harus (perlu bila sedang dalam proses pembelajaran).
(c) Sebab Intizori (menunggu)
Guru menunggu pelajarnya membaca ayat2 tertentu dalam bentuk Qiraat (kaedah bacaan) bacaan yang berbeza. 
Contoh surah Al-Insan (ayat 4), di mana kalimah ini ada 3 wajah cara bacaannya.
Hukumnya = harus.
(d) Sebab Ikhtiyari (pilihan)
Menghentikan bacaan pada tempat2 tertentu mengikut pilihan pembaca, berdasarkan jenis hukum yang terdapat di kalimah itu. (6 HUKUM BACAAN).
Hukumnya = harus (bacaan lebih sempurna, tartil). 

2. Ringkasan 6 Hukum Bacaan Wakaf (gambarajah foto). 
(a) Wakaf Tam/Lazim. 
Simbol : mim kecil berbaring atau bentuk ’berudu’, huruf ta kecil, atau bentuk bulatan berhias. 
Hukum : Wajib Berhentikan bacaan. 

(b) Wakaf Jaiz.
Simbol : Huruf jim kecil.
Hukum : Harus Menghentikan bacaan. 

(c) Wakaf Kahfi (Aula)
Simbol : kaflamya, kaf, hamzahwasalkaf
Hukum : Berhenti memadai/lebih utama. Lebih utama jika menghentikan bacaan (wakaf) daripada diteruskan (wasol).

(d) Wakaf Hassan 
Simbol : sodlamya, ha’, sod
Hukum : lebih utama/baik meneruskan bacaan (wasol) daripada diberhentikan bacaan (wakaf).

(e) Wakaf Qabih
Simbol : lamalif kecil
Hukum : Berhenti tidak elok. Dilarang memberhentikan bacaan di kalimah itu.

(f) Wakaf Ta’anuq/Muraqabah
Simbol : tanda 3 titik bertindih di dua tempat berdekatan.
HUkum : Harus berhentikan bacaan pada salah satu tempat.

No comments:

Post a Comment